2 hari lg nk pose dh.. kt pn dh sebok2 kumpul resepi biskut raya ek.. so kt cni aku nk nyumbang le resepi biskut raya yg mmg tetiap tahun mak aku buat (masa ade aku, aku le yg buat mak aku arahkan aje).. biskut ni pulak mmg biskut feveret .. cepat jek abis dlm balang tuh..
1.)Biskut Sarang Semut.
Bahan-bahan :
1 cawan gula caster
1 cawan marjerin
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kek
1 camca vanilla flavour
serbuk koko secukupnya
coklat rice
2 biji kuning telor
Bahan icing :
3 cwn gula icing } putar
1 1/2 cwn marjerin } hingga putih
Cara Membuatnya :
Pukul marjerin/butter dgn gula sehingga kembang. masukkan telur. pukul lagi. masukkan perisa vanilla & serbuk koko. tepung gandum & tepung kek digaul sekali & diayak sebati. Masukkan adunan ke dalam tepung gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut (kalo ade belen batter tu simpan je sbb nnt lelama doh tu akn mengeras so utk lembutkan balik leh gaulkan lg dgn batter yg lebih tu). Bentukkan bebola dan masukkan ke dlm paper cup yg telah disusun dalam acuan. Bakar sehingga masak. Biarkan sejuk dan sapukan icing rata2 kemudian taburkan coklat rice. Simpan dalam bekas kedap udara.
p/s: 1.serbuk koko tu utk memberi rasa & warna coklat. Jgn byk sgt nanti pahit. agak2 je.
2.Adunan tu bila dh lama2 akan mengeras, boleh gaulkan dgn butter/marjerin bg
melembutkan ia semula. sebarang pertanyaan sila lah tanya yer.
2.Bangkit Kelapa - my faveret
Bahan-bahan :
2 mangkuk tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 mangkuk kelapa goreng
1 mangkuk gula icing
1 biji telur
esen vanilla
marjerin secukupnya
Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bhn kering.Pecahkan telur, gaul sebati. Kemudian masukkan/butter dan gaul sehingga membentuk doh. Canai doh dan tekapkan dengan acuan yang anda suka. Susun & bakar.
P/s : senang kan.. cuma nk carik kelapa dia pyh skit.. kelapa yg bwh skit dr kelapa tua atas skit dr kelapa yg buat inti..nak guna kelapa kering yg jual siap kt kedai tu pn boleh jugak.. tp rasa dia lain skit..
takde gambar le nk tempek utk kedua2 resepi ni. Nanti raya ni aku buat aku update la ek..
regards;
~MAR~
Monday, September 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment